Tuesday, December 11, 2012

Ciptaan-Ciptaan Yang Memakan Tuan!!



Henry Smolinski
Henry Smolinski adalah seorang jurutera Northrop terlatih yang meninggalkan tugasnya untuk memulakan Advanced Vehicle Engineers, sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada penciptaan kereta terbang ke
pasaran. Pada tahun 1973, syarikat itu membina dua prototaip yang dihasilkan dengan menggabungkan hujung belakang pesawat
Cessna SKYMASTER dengan Ford Pinto. Bahagian ekor telah direka supaya ia boleh tercantum dan terpisah dari kereta.

Smolinski pada mulanya dikhabarkan memulakan pengeluaran untuk pasaran runcit pada tahun depannya, tetapi pada 11 September 1973, beliau melakukan penerbangan ujian dengan juruterbang Harold Blake. Bagaimanapun, kedua-duanya terbunuh apabila tupang sayap terpisah daripada kereta. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan memutuskan bahawa kimpalan yang tidak sempurna adalah punca kemalangan tersebut. 


Horace Lawson Hunley
Horace L. Hunley adalah seorang peguam dan ahli badan perundangan negeri Louisiana yang mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal selam. Beliau membantu mereka bentuk dan membina tiga model yang berbeza untuk pihak tentera semasa Perang Saudara dan akhirnya terbunuh apabila reka bentuk ketiga karam. Kapal selam pertama beliau telah dibina di New Orleans dan sengaja ditenggelamkan apabila Bandar tersebut jatuh ke tangan Kesatuan Union pada tahun 1862, dan kapal selam kedua tenggelam di Mobile Bay di Alabama. Hunley telah membiayai sendiri ciptaan ketiga kapal selamnya, dan pada tanggal 15 Oktober 1863, Hunley, bersama-sama dengan tujuh anak kapal, mati apabila kapal yang membawa namanya, H. L. Hunley tenggelam di perairan Charleston, SC  ketika melakukan ujian rutin.
Pihak Kesatuan Union berjaya menemukan kembali kapal tersebut dan menggunakannya untuk menenggelamkan kapal musuh, walaubagaimanapun kapal selam tersebut karam sekali dan tidak timbul-timbul.
Horace L. Hunley telah dikebumikan dengan penuh penghormatan tentera di Magnolia Cemetery di Charleston, South Carolina, pada November 8, 1863.




Valerian Abakovsky
Valerian Abakovsky adalah pencipta Rusia yang meninggal dunia apabila ciptaannya, enjin kereta api kelajuan tinggi Aerowagon, tergelincir ketika ujian di jalankan, membunuh Abakovsky dan lima yang lain. Aerowagon mempunyai enjin kapal terbang dan kipas dan telah direka untuk membawa pegawai Soviet pergi dan balik dari Moscow. Ciptaan Abakovsky bermula dengan baik pada awal ujian tetapi terlibat dalam nahas semasa kembali ke ibu kota. Abakovsky hanya berusia 26 tahun ketika itu.




Perillos Athens
Daripada semua pencipta dalam senarai ini, lelaki ini boleh menjadi salah satu yang paling berhak untuk mati di tangan ciptaan sendiri. Perillos adalah seorang tukang besi yang mereka bentuk satu ciptaan yang dipanggil The Bull Brazen. Ia akan digunakan untuk menyakitkan sebelum membunuh penjenayah. Ciptaan lembu Brazen Bull tersebut berongga seperti hidung di bahagian depan. Banduan akan dikunci dari dalam dan dipanggang hingga mati oleh api di bawah. Ia malah direka untuk menyalurkan jeritan para banduan yang terbakar didalamnya keluar dari hidung dan menghasilkan bunyi seperti lembu jantan.
Perillos mempersembahkan ciptaannya kepada Phalaris, raja zalim Acragas di Sicily. Selepas Perillos menunjukkan ciptaannya kepada Phalaris, dia telah diletakkan di dalam dan api dinyalakan di bawahnya. Bagimanapun, sejarah kurang jelas sama ada Perillos telah ditarik keluar sebelum mati, dan dibuang dari tebing oleh orang-orang Phalaris, atau dia mati renting di dalam ciptaannya. Yang pasti, dia sendiri merasai sendiri kegunaan ciptaannya.








0 komen:

Post a Comment