Monday, June 11, 2012

England- France Tak Cukup Menarik::

Seperti yang 110autopsy jangkakan awal tadi, permainan kedua-dua pasukan boleh dikatakan agak membosankan. Kedua-dua pasukan mereka meletakkan seorang penyerang dihadapan, jadi bola banyak dimainkan di tengah padang. Kesudahannya seri 1-1.

Milner tadi sebenarnya bole buat gol awal untuk England mendahului 1-0 tapi kakinya tak cukup 'finishing' untuk tolak bola ke dalam gol walaupun da lepas perangkap offside dan meng'ayam' keeper.

Korang pun dah boleh agak, Perancis yang
mengawal permainan, kadang-kadang
saja England cuba buat serang balas, tapi macam biasa, bawa bola ke tepi, keluar.





England sumbat gol dulu melalui set piece di ambil Gerrard untuk di tanduk sambil pejam mata oleh Lescott, sebelum disamakan Samir Nasri yang rembat dari luar kotak penalti menewaskan rakan sekelab, Hart.

Malam ni England lebih banyak bertahan disaksikan Rooney bersama-sama dengan penyokong yang sempat dirakam tidur. Dalam stadium yang bising bole tidur?? Sebab game bosan? @ terlalu letih perjalanan jauh? Pergi tanya dia sendiri.. Apa pun, penjaga gol Perancis pun bole turut tidur kerana beknya dah cukup cekang menahan asakan England.

Keputusan perlawanan  England 1 - 1 France

Gol England : Lescott
Gol Perancis : Nasri

::Tidur yang cukup penting untuk menjaga kesihatan badan:::



0 komen:

Post a Comment