Saturday, December 29, 2012

Macam Mana Nak Tahu Sesuatu Kedai Guna Jin atau Tidak

Manusia akhir zaman sekarang sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup senang dan dapat mengatasi orang lain. Kadang cara mereka itu boleh menyebabkan mereka menempah api neraka straight highway tanpe perlu dihisab. Kerana meminta bantuan selain Allah adalah syirik dan kufur iaitu dosa besar, basic yang kita belajar.

Kebanyakan kedai makan yang ada sekarang ini menggunakan jin yang disebut sebagai pelaris. Ia dilakukan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan memusnahkan perniagaan orang lain. Macam aku ni student, nak tak nak kena la makan kat luar jugak, selalunya kedai mamak jadi pilihan.

Kalo pergi kedai makan, mula-mula korang cuba pergi
kat bahagian kaunter tempat nak bayar segala ape bende. Pastu korang tengok kat belakang kaunter, selalunya ada rak rokok bercermin, pastu cuba cari kertas atau kain yang ditampal yang tulisannya bagi korang agak pelik atau macam tak berapa betul. 



Kertas tu ade tertulis kalimah Allah dan Muhammad, kemudian ada bentuk segitiga, keris yang nampak memang tak logik untuk dia berada di situ. Contoh seperti ada dalam gambar. Kebanyakannya meminta pertolongan jin untuk melariskan perniagaan. Kalo da nampak ada benda macam ni, baik korang blah je dari kedai tuh. 

Taukey kedai tuh memang duk percaya benda-benda merapu nih, dah nama orang Islam, percaya la kat Allah, minta tolong dari Allah. Yang guna benda ni serupa ikut penganut agama lain, percaya berhala diorang yang akan bagi bantuan.





Ni tips bila korang makan kat satu-satu kedai, bila korang masuk dan memilih meja, cuba elakkan makan di bahagian tengah kedai, kalo bole, cari bahagian-bahagian tepi sikit yang dekat dengan luar atau penjuru.

Kalo korang makan kat luar kedai selalunya kat kedai mamak, muka tu kena mengadap ke dalam bahagian dalam kedai yang korang makan. kerana kedai-kedai ni diorang ada jin atau guna santau lawan sesama sendiri. Dan bahagian muka kita yang perlu dijaga, kalo kena tepi, belakang takpe lagi.

Baca ayat kursi dan 3 qul.

Pastu kalo nak tahu kedai runcit guna benda-benda syirik atau khurafat, bila korang masuk contohnya, bila langkah ja kaki ke dalam kedai, korang cuba tengok atas pintu atau mana-mana, ada tak benda-benda pelik duk tergantung macam akar-akar kayu serabut atau patung-patung yang pelik. Kalo ada, macam biasa, angkat kaki blah..

Harap info ini sedikit sebanyak membantu kita mengelak gangguan jin atau syaitan yang memang nak kita teman dia masuk neraka. 

Punca utama kanser yang tidak diketahui puncanya adalah disebabkan jin atau santau.. 



2 komen:

  1. betul...sebelum ni ada kes kafekampus kami ...ada sorang ustaz nampak makhluk dok buat errmm x ingat buat apa ... atas makanan ....makhluk hitam yg besar ....

    sekarang dh tular org len ....errrr....

    kena hati2....

    ReplyDelete
  2. :) semoga kita semua dijauhkan

    ReplyDelete