Monday, June 11, 2012

New Zealand kot!!

Entah macam mana hari ni aku teringat plak pengalaman pergi New Zealand setahun yang lepas. Pergi pulak dengan membe2 yang memang tak pernah naik kapal terbang apatah lagi oversea. Cuma nak bagitau yang negara tu memang cantik sangat r!!

New Zealand ni ada 2 pulau atau bahagian  besar mcm kita Malaysia. Kalau kat sini kita ada semenanjung dan Borneo, kat sana ada Pulau Utara dan Selatan, yang cantiknya lebih ke Selatan dan cuacanya pula lebey sejuk. Dengan bermodalkan
lebey kurang rm3000 seorang, kitorang plan untuk redah Pulau Selatan 3 bulan sebelum bertolak.

Masa tuh still ada lagi promosi Air Asia straight ke Christchurch, dimana kitorang hanya bayar lebey kurang rm1300 untuk tiket pergi balik.  



beg2 masa baru terdampar kat airport


Kebetulan waktu tu kerajaan buat dasar baru bagi semua universiti untuk selaraskan takwim akademik, jadi cuti menjadi lebey kurang 4 bulan. Kitorang tak mensia-siakan peluang tersebut untuk meng'apply' visa melancong sambil bekerja di New Zealand untuk 'stay' lebey lama dan cari duit. Hahaha. Best kut!!  Sebabnya memang peluang ni tak akan ada dah even selepas kitorang grad. Baik betul kerajaan..haha..

Daripada rm3000, 1300 da guna untuk tiket, then kitorang 5 orang berpakat seorang bayar rm200 untuk sewa kereta selama 12 hari travel, mmg agak mahal sebab duitnya lebey tinggi. Masa tuh NZD $ 1 = RM 2.45, kereta pula dalam  $ 400 sewa. Duit selebihnya kitorang tukar untuk belanja dan spare.

kereta kitorang, berbaloi tak ?? :)
Kitorang memang prepare abes-abesan sebelum pergi sana. Da la pergi sendiri, bajet nak duk sampai 3 bulan pulak Nak sampai Christchurch dari LCCT amek masa dekat 11 jam gak jadi banyak masa dihabeskan dengan tido. Kadang2 bangun tengok benua Australia yang memang besar gila. Subhanallah!!

Banyak cerita tak jadi keja::


Ini saja setakat ini.. nanti kita sambung len.. :)

::Nak seribu daya, tak nak seribu dalih::





2 komen:

  1. Awak,awak g new zealand dpt untung byk x?duit byk bawak balik..saya nk jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak nak tahu, pergi sendiri..:) bnyak gak r.

      Delete