Tuesday, January 11, 2011

Lukisan Di Muzium


Seorang pelawat asing telah melawat sebuah muzium sebagai memenuhi hobinya mengenali dan mengumpul maklumat tentang negara yang dilawatinya. Sampai di suatu sudut, dia telah tertarik kepada sebuah lukisan yang cantik dan unik sekali. Kebetulan di situ ada seorang pencuci lantai yang kebetulan sedang mencuci di hadapan lukisan itu.



Secara spontan, pelawat tersebut mengagumi lukisan itu. 

Pelawat: "Wow!! Hebat sungguh lukisan ini. Mesti sudah beratus tahun lukisan ini dihasilkan. Agaknya berapa lama yer."

Disebabkan suara pelawat itu yang agak kuat, dan ini telah mengejutkan tukang cuci yang sedang mencuci lantas berkata, " 500 tahun 14 hari".

Pelawat: " Hebat sekali kamu, walaupun tukang cuci, tapi pengetahuan kamu sungguh luar biasa, dengan hari-harinya pun kamu tahu. Pertama kali saya jumpa tukang cuci sebijak ini."

Tukang cuci: " Dua minggu lepas saya terdengar seorang pemandu pelancong memberitahu kepada pelawat-pelawat yang mengikutinya yang lukisan ini berusia 500 tahun".

4 komen: