Monday, January 10, 2011

Hartawan Yang Tamak

Dihikayatkan, pada masa pemerintahan Abdul Latif, di Mesir pernah terjadi suatu masa kebuluran yang luar biasa. Ketika itu ada seorang penduduk yang kaya. Dia mempunyai harta simpanan iaitu gandum yang banyak sekali. Gandum itu disimpan di dalam gudang yang besar.

Akibat kekurangan makanan yang teruk, maka harga gandum naik drastik. Dan ketika harga gandum sudah sedemikian
tigginya, maka orang kaya berhasrat mahu mengeluarkan harta simpanannya untuk dijual dengan harga yang tinggi. Dia berharap akan menjadi orang yang terkaya di negeri Mesir.

Apaka yang terjadi pada gandumnya? Apabila gudang simpanan gandum itu dibuka, ternyata gandum itu telah habis dimakan tikus. Semua gandum simpanan itu diganyang habis-habisan.  Maka musnahlah segala harapan dan impian untuk menjadi seorang yang kaya raya akibat ketamakannya. Bukan saja jadi terkaya yang tak tercapai, bahkan mengalami kerugian yang sangat tinggi akibat kehilangan semua gandumnya. Begitulah, orang yang tamak selalu rugi.

1 komen: