Thursday, December 23, 2010

Lelaki Lebih Ramai Di Malaysia

Salam semua. Tadi saya telah membuka laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia dan membaca laporan Kiraan Permulaan, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2010. Jumlah penduduk di Malaysia sekarang adalah 27,565,821 orang . Lelaki seramai 14,112,667 dan 13,453,154 perempuan. 


Di sini pun kita dah boleh melihat sendiri bilangan lelaki lebih ramai daripada perempuan. Mengikut perkiraan nisbah lelaki : perempuan nasional, 105 orang lelaki bersamaan 100 orang perempuan.


Jadi bagi spesis lelaki, adakah mereka berasa terancam dengan situasi ini? Adakah mereka akan berebut untuk mendapat pasangan rumah tangga mereka? Bagi saya, situasi ini kemungkinan besar dapat membantu

mengurangkan jumlah kes perceraian di Malaysia. Pihak lelaki akan berfikir dulu sebelum bercerai memikirkan masa depannya nanti untuk berkahwin lain. 

Bagi pihak perempuan pula, rasanya mas kahwin atau hantaran akan meningkat memandangkan bilangan mereka yang kurang dan menjadi rebutan. 

Tapi dari sudut lain pula, data tersebut tak tahulah termasuk warga asing atau tak, kalau termasuk sekali mestilah kita tidak hairan bilangan lelaki warga asing di negara kita memang rasanya jauh mengatasi bilangan warga asing perempuan. Ini mesti sangat mempengaruhi taburan penduduk di negara kita. 
Ini hanya pandangan saya.

8 komen:

  1. ooo.. begitu ka..

    tapi, even bilangan lelaki lebih ramai.. adakah kualiti mereka boleh dijadikan sebagai calon suami?

    dan itu pandangan saya.. :)

    ReplyDelete
  2. Hmm.... Kalau termasuk sekali dengan warga asing, susah nak tentukan bilangan sebenar lelaki Malaysia.

    ReplyDelete
  3. laki lagi ramai? wahh pelikk :)

    ReplyDelete
  4. lelaki mule mendominasi....heee~

    ReplyDelete
  5. laki mmg lagi ramai.. tp jangka hayat mereka lebih pendek...

    ReplyDelete
  6. oh ye ke..ironinya aku rasa mcm dah xbanyak pilihan lak skrg... lelaki tahap sampah je banyak skrg...

    ReplyDelete
  7. Jumlah lelaki yang ramai tuh termasuk gay dan pondan skali..sbb tuh ramai..

    ReplyDelete