Tuesday, December 14, 2010

Singh Melancong Ke Amerika

Seorang lelaki berketurunan Singh telah melancong ke Amerika. Dia telah pergi berkelah di tepi pantai dan berjemur di bawah matahari. Kemudian tiba-tiba seorang perempuan Mat Salleh menghampirinya dan bertanya, "Are you relaxing?'
Singh tersebut menjawab, 'No, I'm Banta Singh".


Kemudian seorang lelaki Mat Salleh pula datang bertanya kepadanya, "Are you relaxing?"
Dia menjawab lagi, "No, I'm Banta Singh".


Seorang lagi Mat Salleh yang lain datang menghampirinya dan bertanya soalan yang sama dan dia juga menjawab dengan jawapan yang sama.
Singh tersebut bengang dan berasa terganggu dan mencari tempat lain yang lebih selesa jauh dari Mat Salleh.



Sambil berjalan, dia ternampak seorang lagi lelaki Singh kebetulan sedang berjemur juga. Dia menghampirinya dan bertanya, "Are you relaxing?"
Lelaki yang lebih tahu English tersebut menjawab, "Yes,I'm relaxing".  


Tak semena-mena satu tamparan hinggap ke muka lelaki tersebut.
Singh yang menampar tersebut memarahi lelaki yang terkedu dan kesakitan itu dalam bahasa mereka, "Kau memang bodoh, bodoh!! Semua orang mencari kau dari tadi, kau pulak lepak kat sini."



13 komen: