Tuesday, February 1, 2011

Mesir Dilanda Gelombang Kebangkitan..


Salam semua. Sudah lama saya tak membuat entri disini. Setengah bulan ja pun. Semoga semua sihat belaka dan takziah untuk mereka yang berada kat belah selatan sana mengharungi banjir. Tak apa, itu semua ujian daripada Allah untuk umatNya. Saudara kita di Palestin sudah berpuluh tahun dijajah zionis yang kejam. 


                  
Saya yang berasal dari Kedah pernah merasa sedikit azab dilanda banjir terburuk sedikit masa dulu. Rumah habes tenggelam tapi yang penting Allah masih lagi bagi saya nyawa untuk beramal ibadat padaNya. 


Tentang saudara kita di Mesir, diharap kita semua berdoa supaya Allah melindungi mereka semua daripada menjadi mangsa kekalutan yang belum berhenti itu. Apa yang saya belajar, kalau mereka meninggal di sana, mungkin mereka dianggap syahid kerana kebanyakan mereka masih lagi bergelar pelajar yang mencari ilmu di bumi Anbiya' itu. Gelaran pelajar itu sangat mulia.

Secara peribadi,  Hosni Mubarak perlu berundur diri setelah memerintah selama lebih 30 tahun tetapi belum pun kemajuan kita dapat lihat di sana. Bagilah peluang pada orang lain yang boleh buat kerja. Berita terbaru pun kita tahu satu keluarga dia lari ke London membawa kekayaan bersama. Inikah pemimpin yang berjiwa rakyat? Memang patut rakyat Mesir tak suka pun. Lagi lama memerintah, lagi lama Israel bermaharajalela...

2 komen:

  1. Doakan semoga sume pelajar disana selamat...
    Pemimpin yang tidak memahami jiwa rakyat,macm ni laa..org lain jdi mangsa..

    ReplyDelete
  2. hurm..risau SkY dgn nasib shbat2 SkY yg beratus orang kt sana..dah dpt berita spruh dah blik..lagi spruh menunggu turn..ahrap2 semuanya selamt =_=
    aminn

    KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA???

    ReplyDelete