Thursday, February 3, 2011

Pelajar Malaysia selamat tiba di Jeddah..

JEDDAH - Kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di sini.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi, berjaya dibawa keluar menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS).

Tuesday, February 1, 2011

Mesir Dilanda Gelombang Kebangkitan..


Salam semua. Sudah lama saya tak membuat entri disini. Setengah bulan ja pun. Semoga semua sihat belaka dan takziah untuk mereka yang berada kat belah selatan sana mengharungi banjir. Tak apa, itu semua ujian daripada Allah untuk umatNya. Saudara kita di Palestin sudah berpuluh tahun dijajah zionis yang kejam.