
Sebentar tadi telah berlangsung perlawanan akhir antara Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Mohd ke-IV di Kota Bharu. Perlawanan telah berlangsung di atas padang yang kurang elok sepertimana diharapkan dan sedikit sebanyak menjejaskan tempo perlawanan.
Setelah berhempas pulas sehingga ke penentuan sepakan penalti, akhirnya Kelantan telah dapat menewaskan lawan mereka Kedah dengan kelebihan 4-3.
Ini kali kedua berturut-turut Kedah kalah di perlawanan akhir selepas dikecewakan Perlis 2-0 musim lepas di halaman
sendiri. Tahniah kepada Kelantan, juara berganda setelah memenangi
Piala Malaysia. Kepada Kedah, cuba lagi musim depan.